Imarah masjid dengan aktiviti agama pada Ramadan
KERAJAAN mahu melihat semua masjid dapat dicerna dan dipenuhi dengan empat kategori amalan utama iaitu sebagai tempat menyebar dakwah, melaksana aktiviti keilmuan, ibadah dan agama serta program khidmat masjid dan kemasyarakatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Khir Baharom, berkata pengisian dan program dan aktiviti masjid perlu digembleng agar memenuhi empat kategori amalan itu. Katanya, maju mundurnya amalan dan tahap penghayatan terhadap agama Islam boleh diukur sejauh mana masjid di sesuatu tempat itu berjaya diimarahkan oleh seluruh umatnya.
"Saya ingin melihat masjid dapat dicernakan dengan aktiviti agama dan mengimarahkannya setiap masa. "
Jadi, dengan kedatangan Ramadan ini, ia boleh dilaksanakan sebagai permulaan mengimarahkan masjid dan surau dengan aktiviti agama," katanya.
Monday, 17 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment