Assalamualaikum

QURANUL KARIM

QURANUL KARIM

Listen to Quran

Wednesday, 2 September 2009

TAZKIRAH RAMADHAN SIRI 8

Zakat bersih harta, jiwa jadi tenang

SEIRING kedatangan Ramadan, salah satu lagi kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat fitrah. Seseorang Muslim yang melaksanakan kewajipan berzakat ini sebenarnya akan berasa lebih tenang dan damai hatinya setelah berjaya melalui proses penyucian dengan mengeluarkan sebahagian hak Allah diamanahkan kepada si pemiliknya kepada sebahagian individu lain memerlukannya. Zakat adalah sebahagian harta tertentu kepada orang yang berhak menerimanya dengan syarat tertentu untuk menyeimbangkan jurang pendapatan di kalangan ummah bagi mencapai suatu tingkat hidup lebih baik kepada paras nisbah yang wajar. Harta sebenarnya adalah alat untuk mencari kebahagiaan hakiki di akhirat dan bukannya matlamat untuk menjadi hamba kepada nafsu sendiri. Justeru, sebagai tanda menggambarkan rasa kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan nikmat harta benda kepada seseorang individu itu, maka amat wajar dikongsi bersama dengan orang di sekeliling yang tidak mampu untuk merasai kemewahan hidup. Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat.

Waktu tertentu untuk umat Islam mengeluarkan zakat fitrah adalah seperti berikut:
1. Waktu harus - dari awal Ramadan hingga akhir bulan berkenaan.
2. Waktu wajib - selepas terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadan.

3. Waktu paling afdal - selepas solat Subuh pada hari terakhir Ramadan
4. Waktu makruh - selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri hingga waktu Maghrib.
5. Waktu haram - selepas terbenamnya matahari pada hari raya Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment